Saturday, April 4, 2015

Cerpen Isteriku Bukan Tukang Masak Diadaptasi


Panjang tajuk kali ini ye, hehehe

Assalamualaikum uols

Berita baik untuk aku. Ahaaaahaha. Tahniah juga untuk aku. Alhamdulillah. Cerpen aku yang tajuknya macam gempak sikit iaitu Isteriku Bukan Tukang Masak tapi jalan ceritanya macam klise kot bagi aku. Tapi adalah jugak kelainannya. Tapi tajuk tu memang dah jadi trend sekarang.

Cerpen yang tahun lepas punya okey. Jadi cerpen lama.

Ok, cerpen itu telah diadaptasi ke telefilem. Ada tengok tak dekat instagram #IsterikuBukanTukangMasak?

Ya Allah. Seriously, kalau tengok pelakon dia semua yang best-bestlah. Hero heroen slot Akasia tu.

Zara Zya - Annur Safirah
Ajak Shiro - Adi Zharif
Elizad Sharifuddin - Hanna
Ungku Ismail - Farid
Wan Sharmila - Rania

Eh eh eh, Shukri Yahaya pun ada okey dan juga Izreen Azminda. Aku jadi macam, wah! Okey, walaupun aku cuma penulis cerpen tapi aku pun adalah rasa bangga bila pelakon yang memang aku minat berlakon untuk cerpen aku.

Mula-mula, bila tengok instagram Zara Zya, macam tak caye je sebab dia pakai nama Nur. Yelah, dalam cerpen aku nama Safirah. Jadi cam, tak percaya sangat. Tapi tengok makin banyak pula orang post pasal tu, barulah perasan. Yeay!

Aku pun bagitahulah mama aku. Punyalah bangga. Hahaha

Sebenarnya, ini mungkin sebab mulut mama aku masin kot. Yelah. Hari itu aku cakap aku ada tulis cerpen. Mama aku pun cakap, oh okey baguslah nanti masuk tv. Aku masa tu macam, eh masuk tv? Bukan novel pun.

Hahahaha but, tengok apa dah jadi?

Cerita ditayangkan pada bulan Julai kot, dan di Astro. Win win! :D So silalah tengok.

Tengok gambar bawah ni. Tengok tarikh tu ye. 3 January 2014






8 comments:

  1. Bestlah! Tahniah awak. Teruskan menulis.

    ReplyDelete
  2. baru je lepas tgk td..trus google..
    btw best sgt citer die..lawak sgt, ajak ngan zara mmg serasi n nampak sweet sgt..tp part nur dpt tau adi ad pompuan lain mmg sedih..bile buat nangis..btw thanks sbb hasilkan cerpen tu n jdikan sumber inspirasi utk buat telefilem isteriku bukan tukang masak..again, congratulations

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ni ada kt internet x? ada linknye?

      Delete
  3. Wahahaha .. x sangka kita dapat ketemu yaaa .. hahaha, sweet nye you ..

    ReplyDelete
  4. Тут: индивидуалки м nn.senoval24.com
    Путаны проститутки. Юная, красивая, раскрепощённая девушка. Жду Вашего звонка. Знания придают вес,способности - блеск,люди же,в большинстве своем,лучше видят,чем соизмеряют.

    ReplyDelete

Kritiklah dulu